Masa | |
---|---|
Jenis | Doh |
Tempat asal | Mexico |
Masakan berkaitan | Mexico |
Bahan utama | Homini |
Bahan yang biasa digunakan | Cornmeal |
sunting · sunting di Wikidata |
Masa de maíz merujuk kepada adunan atau tepung jagung (masa harina) yang telah direndam dan dimasak dalam larutan alkali dalam proses penisytamalan. Ia digunakan untuk membuat tortilla jagung, tamale, pupusa dan banyak lagi hidangan.
Tepungnya dipanggil masa harina, masa de harina, dan kadang-kadang Maseca, nama salah satu jenama komersial. Tepung ini dibentuk semula dengan air untuk membuat adunan sebelum digunakan untuk memasak.[1] Dalam bahasa Sepanyol, masa harina diterjemahkan kepada "tepung doh", namun ia juga boleh merujuk kepada banyak jenis doh lain.